Pergunungan Akakus
Pergunungan Akakus

Pergunungan Akakus

Pergunungan Akakus atau Tadrart Akakus (Bahasa Arab: تدرارت أكاكوس‎ / ALA-LC: Tadrārt Akākūs) membentuk sebuah gunung di padang gurun Daerah Ghat di Libya barat iaitu sebahagian daripada Sahara. Ia terletak di timur bandar Ghat, Libya dan di utara dari sempadan dengan Algeria, kira-kira 100 kilometer (62 batu). Tadrart merupakan nama feminin untuk "gunung" dalam bahasa Barbar (maskulin: adrar). Kawasan ini mempunyai pelbagai seni batu prasejarah yang kaya.Tadrat Akakus mempunyai variasi landskap yang besar, dari bukit-bukit hingga ke gerbang, gaung, batu-batu dan wadi (jurang) yang dalam. Mercu tanda utama termasuk gerbang Afzejare dan Tin Khlega. Walaupun kawasan ini merupakan salah satu kawasan gersang di Sahara, ia mempunyai tumbuh-tumbahan seperti pohon ubat Calotropis procera dan beberapa mata air dan telaga di pergunungan.[1]Kawasan ini terkenal dengan seni batunya dan diiktiraf sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985 kerana kepentingan lukisan dan ukirannya. Lukisan-lukisan seawal 12,000 BCE sehingga 100 CE dan menggambarkan perubahan budaya dan semula jadi di kawasan tersebut.[2] Terdapat lukisan dan ukiran haiwan seperti zirafah, gajah, burung unta dan unta selain manusia dan kuda. Orang digambarkan dalam pelbagai situasi kehidupan sehari-hari, contohnya semasa membuat muzik dan menari.[3][4] Tadrart Akakus juga merupakan yang terawal memperkenalkan lipid susu pada seramik, yang telah radiokarbon pada 7,500 BP.[5]

Rujukan

WikiPedia: Pergunungan Akakus http://www.algerie1.com/international-2/libye-les-... http://ewpnet.com/libya/akakus.htm http://www.ewpnet.com/libya/acacus/index.htm http://observers.france24.com/content/20140414-gra... http://www.libya-businessnews.com/2012/12/07/unesc... http://www.libyaherald.com/2012/12/23/libyan-archa... http://www.libyaherald.com/2013/09/25/unesco-train... http://looklex.com/libya/acacus.htm http://mondafrique.com/lire/decryptages/2014/04/20... http://www.acacus.it/eng/index.htm